SELAMAT DATANG

ANDA PENGUNJUNG BERTUAH

18 Disember 2009

AMALAN SUNAT DI BULAN MUHARRAM

# Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
# Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
# Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan
bersedekah kepada fakir miskin
# Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
# Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas
kasihan terhadap mereka
# Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
# Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah
ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
# Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah
ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya

22 November 2009

Contoh Soalan Peperiksaan HBHE2103

HBHE2103
BAHAGIAN A / PART A

1. Nyatakan tiga golongan sasaran di dalam
Program Bersepadu Sekolah Sihat? (4)
2. Nyatakan DUA fungsi polisi kesihatan sekolah. (4)
3. Berikan tujuan program bersepadu sekolah sihat. (4)
4. Nyatakan tujuan pertolongan cemas. (4)
5. Definisikan perkhidmatan kesihatan yang diperkenalkan
di sekolah-sekolah (4)
6. Nyatakan akronim PROSTAR di dalam program kesihatan
bersepadu.(4)
7. Nyatakan DUA daripada sepuluh ahli jawatankuasa
rancangan Kesihatan Sekolah Peringkat Daerah (4)
8. Nyatakan DUA daripada lima objektif Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah. (4)
9. Nyatakan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab
kepada keracunan makanan. (4)
10. Nyatakan pegawai yang terlibat di dalam menilai
perlaksanaan Program Bersepadu Sekolah Sihat. (4)
(Jumlah/Total: 40)

BAHAGIAN B / PART B
1. (a) Nyatakan ENAM teras utama Program Bersepadu
Sekolah Sihat. (6)
(b) Berikan DUA peranan perkhidmatan kesihatan di sekolah. (7)
(c) Sebagai seorang pentadbir apakah yang perlu dilakukan
untuk memastikan persekitaran fizikal sekolah selamat? (7)
(Jumlah/Total: 20)

2. (a) Dewasa ini Keracunan selalu berlaku di sekolah.
Apakah keracunan? (4)
(b) Sebagai seorang guru apakah langkah yang perlu anda
lakukan sekiranya pelajar anda keracunan (8)
(c) Huraikan langkah bantu mula RICE. (8)
(Jumlah/Total: 20)

3. (a) Pencemaran merupakan masalah persekitaran
utama negara kita. Nyatakan punca pencemaran. 4)
(b) Nyatakan objektif perkhidmatan kesihatan sekolah.(7)
(c) Huraikan mengenai program doctor muda. (9)
(Jumlah/Total: 20)

4. (a) Nyatakan tujuan progam susu untuk sekolah. (8)
(b) Nyatakan TIGA program yang di laksanakan
disekolah bagi meningkatkan kualiti kesihatan.(3)
(c) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.(9)
(Jumlah/Total: 20)

5. (a) Nyatakan tugasan yang perlu dilakukan seorang
pengusaha premis makanan (4)
(b) Nyatakan tugasan yang perlu dilakukan seorang
pekerja premis makanan (4)
(c) Huraian perkara asas bagi memastikan makanan
bersih dan selamat.(12)
(Jumlah/Total: 20)


SELAMAT MENCUBA.SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN NANTI

14 November 2009

Contoh Soalan HBML2103

HBML2103 / SMP
BAHAGIAN A

1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.
Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata.(4 markah)

2. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan.

Sedap, lazat, kelat, pahit
Molek, buruk, tampan, gagah
Nyaring, mersik, garau, lunak
Halus, kesat, lembap, licin

Jenis Pancaindera Contoh Berkaitan
1) Sentuh
2) Pandang
3) Rasa
4)Dengar 4 markah)

3. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.
(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu. (2markah)
(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:
i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.
ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.
iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer.
iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. (2markah)
(4markah)
4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu. (2markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. (2markah)
(4markah)

5.Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru. (2markah)
(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu.
(2markah)
(4markah)

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu merupakan proses penyusunan morfem yang berkaitan dengan peraturan sistem morfologi dan dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan ini melibatkan pengimbuhan.
(a) Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan bahasa Melayu.
(1markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan TIGA imbuhan asing yang digunakan dalam bahasa Melayu mengikut bahasa asal imbuhan tersebut.
(3markah)
(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai dalam bentuk ayat, huraikan bentuk-bentuk imbuhan yang berikut :
i. Awalan
ii. Akhiran
iii. apitan
iv. Sisipan
(16markah)
(Jumlah: 20)

2. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja berikut :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
iii. Kata kerja transitif aktif.
iv. Kata kerja transitif pasif.
(8markah)
(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap kepada murid-murid tahun enam.
(12markah)
(Jumlah: 20)

3. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam tahun enam.
(8markah)
(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk pancangan berikut :
i. ayat relatif
ii. ayat komplemen
iii. ayat keterangan
iv. ayat keterangan
(12markah)
(Jumlah: 20)

4.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:

(a) ayat penyata (5markah)
(b) ayat Tanya (5markah)
(c) ayat perintah (5markah)
(d) ayat seruan (5markah)
(Jumlah: 20)

5. Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(8markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(12markah)
(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
(4markah)
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
i. Kamu tunggu di sini.
(4markah)
(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:
i. frasa kerja yang serupa
ii. frasa adjektif yang serupa
iii. frasa sendi nama yang serupa
(12markah)
(Jumlah: 20)

2.Golongan kata mengikut Buku Tatabahasa Dewan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif bahasa Melayu.
(2markah)
(b) Huraikan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat di dalam bahasa Melayu dan anda dikehendaki menulis ayat yang lengkap untuk menjelaskan setiap kata adjektif yang diberikan.
(18markah)
(Jumlah: 20)

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN
SEMOGA BERJAYA.

13 November 2009

Contoh Soalan Peperiksaan (HBAE1403)

HBAE1403/SMP
BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Berikan definisi Resis secara ringkas. (2)
2. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kolaj. (2)
3. Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat gosokan dan percikan. (2)
4. Bandingkan di antara media kering dan media basah. (2)
5. Senaraikan alat, bahan dan media yang digunakan dalam proses mencatan. (2)
6. Namakan EMPAT jenis aktiviti cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah
rendah. (2)
7. Jelaskan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan mozek. (2)
8. Kaitkan jenis-jenis garisan yang boleh digunakan dalam teknik melukis. (2)
9. Kenalpasti EMPAT jenis teknik cat air yang boleh dijalankan dalam aktiviti
mencatan. (2)
10. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan warna harmoni. (2)
(Jumlah: 20)

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. (a) Namakan LAPAN jenis kegiatan menggambar yang boleh di ajar dalam
pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah. (4)
(b) Kenalpasti beberapa peralatan, bahan dan media yang digunakan dalam
kegiatan membuat resis, percikan dan catan. (6)
(c) Jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikan alat, bahan dan media dalam
kegiatan resis. (5)
(d) Berikan prosedur penilaian hasil kerja seni mengikut pendekatan induktif. (5)
(Jumlah: 20)
2. (a) Berikan TIGA jenis tema atau subjek yang boleh dihasilkan dalam aktiviti
membuat kolaj. (2)
(b) Senaraikan LIMA jenis teknik menghasilkan kolaj yang boleh diajar di
peringkat sekolah rendah. (7)
(c) Bincangkan satu teknik mudah bagaimana anda boleh mengaplikasi dan
menghasilkan sebuah kolaj di bengkel seni. (5)
(d) Tahap keupayaan dan perkembangan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada 3
tahap iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Sesuaikan
setiap tahap tersebut dengan peringkat umur murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah. (6)
(Jumlah: 20)
3. (a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan lukisan. (2)
(b) Sesuaikan LIMA jenis teknik melukis dengan imej tertentu. (5)
(c) Lukis LIMA imej atau objek dengan teknik lukisan yang berlainan. (5)
(d) Buat satu perbandingan di antara lukisan dan catan daripada aspek berikut:
(i) Alat, bahan dan media lukisan dan catan
(ii) Langkah mudah menghasilkan lukisan dan catan (8)
(Jumlah: 20)
4. (a) Terangkan apa yang dimaksudkan dengan montaj. (2)
(b) Bincangkan alat, bahan dan media yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan
montaj di sekolah rendah. (4)
(c) Cadangkan satu hasil kerja montaj ( langkah demi langkah) yang sesuai diajar
di peringkat sekolah rendah dengan memberi penjelasan tentang cara-cara
menghasilkannya. (6)
(d) Berikan EMPAT cadangan bagaimana seseorang itu dapat mengenalpasti dan
respon terhadap sesuatu hasil kerja montaj. (8)
(Jumlah: 20)
BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.
SOALAN Markah

1. (a) Namakan LIMA jenis cetakan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah
rendah. (5)
(b) Bandingkan di antara teknik menghasilkan cetakan mono dan teknik cetakan
duo.(4)
(c) Nyatakan cara bagaimana seseorang guru dan murid-murid dapat menilai dan
membuat kritikan daripada hasil cetakan yang dijalankan. (6)
(d) Apakah persediaan yang perlu diambil kira sebelum memulakan aktiviti
cetakan.(5)
(Jumlah: 20)
2. (a) Nyatakan TIGA faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan sesuatu garisan
dengan menggunakan media pensel. (3)
(b) Apakah kelebihan media arang dalam menghasilkan sesuatu lukisan. (5)
(c) Sebelum memulakan satu lukisan yang baik dan bermutu, apakah aspek penting
yang perlu diambil kira. (5)
(d) Hasilkan satu persediaan mengajar daripada tajuk lukisan dengan berpandukan
perkara-perkara berikut:
Tarikh, Hari, Masa, Kelas, Tajuk, Tema, Objektif, Aktiviti, Alat dan
bahan.(7)
(Jumlah: 20)


SELAMAT MENJAWAB. SEMOGA BERJAYA.

21 Oktober 2009

HBAE1403

MENGGAMBAR


• Definisi menggambar ialah membuat atau menghasilkan gambar
• Salah satu bidang daripada 4 kegiatan yang terdapat dalam silibus PSV
• Alat media dan bahan untuk menggambar


ASAS-ASAS MENGGAMBAR

• Kandungan sesuatu objek atau hal benda dkenali
• Di sesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak2 untuk merangsang & meningkatkan pnp.
• Kanak-kanak guna pelbagai alat & bahan untuk hasilkan gambar mngikut ekspresi sendiri~bantu
perkembangan JERI kanak-kanak.

• Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika mggambar~bantu memahami idea & mengkonstruk idea baru~menghubungkait dengan subjek-subjek lain
• Mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti & ekspresi kanak-kanak ( JERI )


Antara teknik-teknik menggambar adalah

1. LUKISAN
• Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.

2. CATAN
• Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi
• Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
• Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

3. KOLAJ
• Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
• Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

4. CETAKAN
• Cara menghasilkan karya dengan mencetak.
• Terdapat pelbagai jenis cara cetakan
• Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
• Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas
• Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform

5. RESIS
• Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum
• Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
• Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan
• Peringkat sek rendah guna krayon
• Proses batik - teknik resis

6. GOSOKAN
• Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
• Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan

7. STENSILAN
• Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
• Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
• Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

8. PERCIKAN
• Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
• percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
• Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan

9. GURISAN
• Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
• Cara melakukannya
permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil
• Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan

10. CAPAN
• Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
• Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
• Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
• jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

11. MOZEK
• Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
• Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan
• Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

12. MONTAJ
• Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
• Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

20 Oktober 2009

Mutiara Kata

"Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk kenteteraman, ketetapan hati dan kelembutan jiwa, tunduklah dengan merendahkan diri kepada orang tempat kau belajar" – Umar bin Khaththab


14 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




















Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua
pengunjung blog ini. Salam kemaafan jika ada terlanjur
perkataan atau perbuatan.



Ketupat dan lemang enak rasanya,
dimakan orang di pagi Raya,
Tibanya Syawal diraikan bersama,
Sebagai tanda syukur kepadaNya.


Maaf, Zahir & Batin


26 Ogos 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

MUTIARA BIRU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN.

11 Ogos 2009

Mutiara Biru

'Mutiara biru' kini muncul sebagai inspirasi baru dalam dunia anda. Di sini kita akan berkongsi segala pendapat, berita, cerita dan apa sahaja yang dianggap perlu anda ketahui kini. Harapan saya, sama-samalah kita memberi pandangan dan idea untuk saya terus berkarya dalam blog ini. Terima Kasih dari 'Tuan Tanah'.

Renungan

leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)