SELAMAT DATANG

ANDA PENGUNJUNG BERTUAH

14 November 2009

Contoh Soalan HBML2103

HBML2103 / SMP
BAHAGIAN A

1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.
Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata.(4 markah)

2. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan.

Sedap, lazat, kelat, pahit
Molek, buruk, tampan, gagah
Nyaring, mersik, garau, lunak
Halus, kesat, lembap, licin

Jenis Pancaindera Contoh Berkaitan
1) Sentuh
2) Pandang
3) Rasa
4)Dengar 4 markah)

3. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.
(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu. (2markah)
(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:
i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.
ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.
iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer.
iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. (2markah)
(4markah)
4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu. (2markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. (2markah)
(4markah)

5.Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru. (2markah)
(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu.
(2markah)
(4markah)

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu merupakan proses penyusunan morfem yang berkaitan dengan peraturan sistem morfologi dan dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan ini melibatkan pengimbuhan.
(a) Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan bahasa Melayu.
(1markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan TIGA imbuhan asing yang digunakan dalam bahasa Melayu mengikut bahasa asal imbuhan tersebut.
(3markah)
(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai dalam bentuk ayat, huraikan bentuk-bentuk imbuhan yang berikut :
i. Awalan
ii. Akhiran
iii. apitan
iv. Sisipan
(16markah)
(Jumlah: 20)

2. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja berikut :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
iii. Kata kerja transitif aktif.
iv. Kata kerja transitif pasif.
(8markah)
(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap kepada murid-murid tahun enam.
(12markah)
(Jumlah: 20)

3. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam tahun enam.
(8markah)
(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk pancangan berikut :
i. ayat relatif
ii. ayat komplemen
iii. ayat keterangan
iv. ayat keterangan
(12markah)
(Jumlah: 20)

4.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:

(a) ayat penyata (5markah)
(b) ayat Tanya (5markah)
(c) ayat perintah (5markah)
(d) ayat seruan (5markah)
(Jumlah: 20)

5. Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(8markah)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(12markah)
(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan.
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
(4markah)
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
i. Kamu tunggu di sini.
(4markah)
(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:
i. frasa kerja yang serupa
ii. frasa adjektif yang serupa
iii. frasa sendi nama yang serupa
(12markah)
(Jumlah: 20)

2.Golongan kata mengikut Buku Tatabahasa Dewan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif bahasa Melayu.
(2markah)
(b) Huraikan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat di dalam bahasa Melayu dan anda dikehendaki menulis ayat yang lengkap untuk menjelaskan setiap kata adjektif yang diberikan.
(18markah)
(Jumlah: 20)

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN
SEMOGA BERJAYA.

Tiada ulasan:

Renungan

leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)